rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Thursday, June 6, 2013

I am an EP mom

* EP mom = Exclusive Pumping Mother

Yerp! I am an EP mom.

Kenapa boleh jadi EP mom? Faheem tak nak direct ke? Inverted nipple ke?

Sob sobb.. Nak cerita la nih..

Lepas je bersalinkan Faheem, kat wad, memang dah try breast feed kan Faheem. Tapi dak Faheem ni tidur je. Sua kat dia, dia tidur jugak. Susu memang belum keluar lagi la, takde ransangan dari baby.

Petang tu dah boleh balik rumah, bagi lagi, dia still belum nak minum. Malam tu, haaa baru dia bising lapar. Try bagi lagi, nangis-nangis dia. Kita pun kekok. First time la kan. Sudah-sudah tengok, takde setitik susu pun keluar. Tapi tak ingat la bengkak ke tak time tu. huhu. Lama gak try, mak dah suggest bagi FM (Formula Milk) dulu. Dah sudahh.. sedih dah ni. Memang hajat nak BF kan Faheem time pregnant lagi. Lepas try banyak kali, still takde susu lagi. At last, pukul 1 pagi lebih camtu, kelam kabut Lan ngn adik pegi 7-E pi carik susu.

Nasib baik, lan kata tinggal satu je susu tu kat rak. Lan beli susu Nestle Lactogen. Kesudahannya, minum la dak Faheem susu formula. Sedih wooo.. Kalau boleh, biar la susu pertama dia susu ibu. Tapi nak buat cam mana kan..

Tukan urut datang hari Isnin, 3 hari selepas bersalin. Lepas urut semua, alhadulillah... susu dah keluar.. Try bagi Faheem. Dia tak nak pulakkk. Dah biasa dengan botol kan. Sejak pada tu, memang duk pump je susu bagi dia minum. Try jugak bagi direct kat dia, mampuih menangis kuat-kuat. Adoiiii... dengan kita tengah tahan sakit jahit bawah tu yang tegang gila.. Memang tak sabar di situ. Sudahnya, lagi banyak pump susu daripada bagi Faheem minum direct.

Lama-lama, dah jadi biasa duk pumping every hour. Mula-mula memang kerap pump. Lepas tu dah boleh manage, pump 2 jam sekali. Hasil  memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit! Faheem lak masa pantang minum sejam sekali, 1 oz sekali. Dah masuk 2 bulan jadi 2 oz sekali, setiap sejam ye..

Sekarang ni, memang hampeh skit. Pam 4 jam sekali. MALAS la tu! Haha. Per session boleh dapat minimum 7-8 oz. Max boleh sampai 12 oz. Faheem sekarang minum 3.5-4 oz setiap 2 jam. Tapi kadang-kadang minum 2 oz je. Main-main lebih. Membazir susu mama sayang. Menangis tau dulu dalam pantang kalo susu tertumpah sikit pun. Adoyaii..

Stok susu? Tak banyak pun. Kadang-kadang memang cukup untuk dia minum. Kalau dapat 12 oz tu yang boleh buat stok. Kalo kata dah keje nanti, memang pump hari ni untuk minum esok la gamaknya.

Alhamdulillah dah nak masuk 6 bulan ni, Faheem still fully bf (except first 3days tu ye). No air masak, no makan-makan, no rasa-rasa. Hehe. Orang dulu-dulu sibuk la kata dah boleh makan tu ni. Nestum bagai. Jawapan standard: Faheem minum susu ibu je sampai 6 bulan, lepas tu baru boleh makan and minum air masak ye.

p/s: Tak sabar nak bagi makan dah ni :p

1 comments:

Unknown said...

Salam.nk tye,mcm mne awak buat kalau bngkak susu spnjang jd ep mom ni?sy bngkak susu nk dkt smgu tp x surut2..prodction susu pn dh merudum.huhu..mcm2 dh buat

Post a Comment