rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Friday, October 19, 2012

Set berpantang apa nak beli?

Assalamualaikum semua!

Harini genap 28 weeks. Tetiba rasa macam kelam kabut, barang baby baru beli baju-baju je. Banyak lagi benda nak kena beli kottt! Dush! Nampaknya dapat je gaji bulan ni terus kena bershopping ye encik suami!

Baru-baru ni masa duk godek-godek blog mommy-to-be & dah-jadi-mommy, nampak ramai yang bagi komen positif kat Set Berpantang Shaklee. Apa??! Dah google set pantang dah? haha.. google tu wajib! beli tu tunggu time ada duit.

source: ibuqiqi.com


Korang rasa bagus tak Shaklee ni? Ada sape penah try? Shaklee ni kira set pantang yang moden la sebab sumenya vitamin jek. Kalau ikut testimonial & komen-komen positif tu, ramai kata Shaklee ni macam milk booster, kasi mommy yang baru bersalin ni lebih bertenaga, macam-macam lagi lah.

Sebenarnya dah tertarik pon!!! :p Tapi kalau tengok harga Shaklee ni, memang boleh tahannn! Tapi dorang ada gak trial pack, yang cukup untuk 40 hari pantang..

Erm... nak ke idak eh... Pikir lagii..

Friday, October 12, 2012

Doa untuk anak dalam kandungan

Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu.

Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sempurna dan sihat, berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Tuhan semesta alam.

Amin, Amin Ya-Rabbal Al-Amin..

KKIA baru!

Assalamualaikum semua!

Arini nak cerita pasal last check up. Start minggu lepas, KKIA Jalan Cheras dah pindah kat sebelah dengan HUKM. Dekatttt la sangat dengan rumah ai! KKIA ni dah combine dengan Klinik Kesihatan, so memang besar la klinik baru ni. Bangunan baru ye! Dalam-dalaman pon sume baru-baru lagi! (Meja nurse jek meja lama. Ahaks!)

Sebab klinik dah besar, sistem dorang pun dah mula teratur sket. Masuk je Klinik kesihatan tu, jangan terus pegi kaunter ye. Tu kaunter untuk klinik kesihatan. Ala klinik untuk sakit-sakit bese je macam demam ke ape ke. Kalau nak check up baby, kena belok ke kanan dan straight. Jumpa lah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Boleh tahan besar la ruang menunggu dia. Datang time petang pon, memang orang tak seramai time pagi. Sampai je, masuk buku pink dalam bakul (sama mcm klinik lama). Lepas tu nurse panggil nama kita & bagi skali nombor giliran. Okeh kemajuan no.1: Dah ada sistem nombor. Takde la macam klinik lama dulu, asal nak panggil je kena terjerit panggil nama. Dah la dengan budak-budak yang bising. Rimas ai! huhu. Bila dah dapat nombor, nurse bagi satu borang, suruh pegi makmal, opposite dengan pintu KKIA untuk buat urine test. Kemajuan no.2: Nak buat urine test pun kena amik nombor lain ye kawan-kawan! Nasib baik ada preggy mom kat depan aku tuh yang bagitau kena amik nombor, kalo tak memang lame la aku menunggu. Haha.. Toilet sume dah ada dalam makmal tu. Botol-botol pon dah ada nombor siri. Dah macam sepital dahh.. Kalau tak klinik lama, buat urine test dalam paper cup je. Jangan tak percaya!


Lepas buat urine test, dapat result, bawak paper result tu pegi KKIA, tunggu nombor giliran yang mula-mula tu dipanggil. Okeh kat sini macam lama sikit kena tunggu. Setiap nurse dah ditugaskan untuk check & jaga patient ikut kawasan masing-masing, ikut patient tu rumah dia kat mana. So, kena tunggu nurse tu abes check patient lain, baru sampai giliran kita. Lama la jugak tunggu kat sini. Ada la dalam 30-40 minit. Mata da ngantuk-ngantuk pun. Lepas tu, nombor kena panggil, timbang berat time! Aiyakkk berat naik 4.2 kilo daripada 4 minggu lepas! Banyak tuhh..

Lepas timbang berat, macam bese la nurse check bp, ukur perut, check kaki (kaki kiri ai dah membengkak sikit ye), check heart beat baby.. Borak-borak pasal tu ini (borak la sangat, macam banyak bagi nasihat la kat aku ni pasal pemakanan, bla bla blaa..). Oo lupa, result MGTT belum dapat lagi laa.. Berdebar jugak tunggu result tu. Nurse yang jaga result MGTT tu kuar pi melawat plak... kena tunggu lagi la gamaknye.

Lepas tu, pegi satu bilik ni sebab nak kena inject kancing gigi. Haha kalo nak tau, result BP tak bape cantik. Sebabnye: Risau + takut nak kena inject! Hahahaha berdebar tak tentu pasal! Last kena inject pun bila eh? From 3 kan? lupa ahh.. Tapi perghhhhh pedihnya kena inject tu memang la.. pedih siot! Kebas tangan sampai ari khamis tau! Inject ari selasa, khamis pun rase pedih + kebas lagi. Acane tu? Next month kena inject lagi. Harap-harap boleh cool jek time tu! haha lawak lawak!

Oo lagi satu, ubat dah tukar, sebelum ni nurse bagi 1 jenis vitamin je (obimin), skang dapat 4 jenis (B Complex, Asid Folic, Vit C dgn Iron). Kandungan obimin dgn vitamin baru ni lebih kurang je rasanya. Tapi yang penting, 4 vitamin ni kecik-kecik molek je. Senang nak telan tak payah kunyah-kunyah dah! (Ye, sebelum ni saya kunyah obimin. Sedap? Ewwww nak muntah k!). Nasib baik dah tukar. Mekasih nurse!


Yang ni obimin

Iron, Vit. C, B Complex & Acid Folic

Scan 3D 4D at 26 weeks

Assalamualaikum semua!

Hari ni genap pregnant 27 weeks. Ikut ticker, 91 days to go.. Makin berdebar je rasa. Dup dap dup dap!

Last week @ 26 weeks, pergi scan 4D baby kat Scan 3D 4D Malaysia. Kitorang buat appointment kat Klinik Fauziah, Ampang hari Sabtu. Maybe ada delay sket atau memang dia bukat slot banyak sangat aritu, appointment kitorg sepatutnya pukul 1.40 pm tapi pukul 3 lebih baru sampai turn kitorang.Tapi tak kesah sangatla sebab memang bes scan kat sini. Sonographer kat situ, Jezzlyn sangat la friendly. Kita pun tak segan sangat.

Kitorang buat scan 3D 4D je, tak buat detail scan. Tapi amik pakej 3D 4D scan pun Jezz tengok tumbesaran baby sama tak dengan umur baby skang. Tapi kalo buat detail scan memang detail betul la. Jantung pun check, paru-paru pun check. Kitorang decide, takpe la.. amik 3D 4D scan jek.. Harga untuk pakej 3D 4D = RM 100. Kalau buat sekali dengan detail scan, harganya RM 200.

So far, alhamdulillah.. baby membesar dengan jayanya! Pipi pun dah gemok, Jezz cakap. Haha. Mulut kecik je, hidung mancung, Jezz cakap lagi. Ikut ayahnye ke? Errr... ye kott haha. Tapi yang ikut mamanya, tido lena betul! Jezz gerak2 perut suruh bangun pon baby tak nak bangun. Aku ni memang suka tido! haha masa bujang2 time blajar dulu je la.. sekarang ni dah normal okeh =p

Oo yang besnya kat sini, kalo scan tapi baby taknak tunjuk muka gak, walau dipujuk berkali-kali, kita takkan di charge okeh! Okeh la tu kan.. tapi nasib baik la anak mama ni bagusss je tunjuk muka dia. Dengan dia punya tetttt pun siap tayang lagi! dan untuk makluman ye, confirm 100% its a BOY!! Jezz cakap, " Eee tak malu la dia ni da tunjuk-tunjuk dah dia punya bebird. Tak sorok-sorok ponnn" (Jezz bercakap dengan gaya yang comel ye kawan-kawan, macam tengah cakap ngan budak). So alhamdulillah, memang aku da beli banyak baju kaler biru. Sebelum ni macam asyik terpikir je betul ke anak aku ni boy? buatnya gegirl... tapi boleh jugak la kan baby girl pakai baju biru. Padehall.. Jangan baby boy pakai baju kaler pink sudahhh... Sian dia..

Say no more, dipertontonkan muka anak aku yang comel ini (puji anak sendiri takde sape marah kan kann) =)

  

 



 
video
  Ni pulak video dia tak nak bangun tido even Jezz da goyang-goyang perut suruh dia bangun. Yang bergoyang-goyang tu adalah perut aku yang sedang digoncang ye! haha

P/s: Untuk booking, please go to page 3D 4D Scan Malaysia, dorang selalunya akan keluarkan schedule untuk seminggu, then baru buat booking ye..