Arini nak cerita pasal last check up. Start minggu lepas, KKIA Jalan Cheras dah pindah kat sebelah dengan HUKM. Dekatttt la sangat dengan rumah ai! KKIA ni dah combine dengan Klinik Kesihatan, so memang besar la klinik baru ni. Bangunan baru ye! Dalam-dalaman pon sume baru-baru lagi! (Meja nurse jek meja lama. Ahaks!)
Sebab klinik dah besar, sistem dorang pun dah mula teratur sket. Masuk je Klinik kesihatan tu, jangan terus pegi kaunter ye. Tu kaunter untuk klinik kesihatan. Ala klinik untuk sakit-sakit bese je macam demam ke ape ke. Kalau nak check up baby, kena belok ke kanan dan straight. Jumpa lah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Boleh tahan besar la ruang menunggu dia. Datang time petang pon, memang orang tak seramai time pagi. Sampai je, masuk buku pink dalam bakul (sama mcm klinik lama). Lepas tu nurse panggil nama kita & bagi skali nombor giliran. Okeh kemajuan no.1: Dah ada sistem nombor. Takde la macam klinik lama dulu, asal nak panggil je kena terjerit panggil nama. Dah la dengan budak-budak yang bising. Rimas ai! huhu. Bila dah dapat nombor, nurse bagi satu borang, suruh pegi makmal, opposite dengan pintu KKIA untuk buat urine test. Kemajuan no.2: Nak buat urine test pun kena amik nombor lain ye kawan-kawan! Nasib baik ada preggy mom kat depan aku tuh yang bagitau kena amik nombor, kalo tak memang lame la aku menunggu. Haha.. Toilet sume dah ada dalam makmal tu. Botol-botol pon dah ada nombor siri. Dah macam sepital dahh.. Kalau tak klinik lama, buat urine test dalam paper cup je. Jangan tak percaya!
Lepas buat urine test, dapat result, bawak paper result tu pegi KKIA, tunggu nombor giliran yang mula-mula tu dipanggil. Okeh kat sini macam lama sikit kena tunggu. Setiap nurse dah ditugaskan untuk check & jaga patient ikut kawasan masing-masing, ikut patient tu rumah dia kat mana. So, kena tunggu nurse tu abes check patient lain, baru sampai giliran kita. Lama la jugak tunggu kat sini. Ada la dalam 30-40 minit. Mata da ngantuk-ngantuk pun. Lepas tu, nombor kena panggil, timbang berat time! Aiyakkk berat naik 4.2 kilo daripada 4 minggu lepas! Banyak tuhh..
Lepas timbang berat, macam bese la nurse check bp, ukur perut, check kaki (kaki kiri ai dah membengkak sikit ye), check heart beat baby.. Borak-borak pasal tu ini (borak la sangat, macam banyak bagi nasihat la kat aku ni pasal pemakanan, bla bla blaa..). Oo lupa, result MGTT belum dapat lagi laa.. Berdebar jugak tunggu result tu. Nurse yang jaga result MGTT tu kuar pi melawat plak... kena tunggu lagi la gamaknye.
Lepas tu, pegi satu bilik ni sebab nak kena inject kancing gigi. Haha kalo nak tau, result BP tak bape cantik. Sebabnye: Risau + takut nak kena inject! Hahahaha berdebar tak tentu pasal! Last kena inject pun bila eh? From 3 kan? lupa ahh.. Tapi perghhhhh pedihnya kena inject tu memang la.. pedih siot! Kebas tangan sampai ari khamis tau! Inject ari selasa, khamis pun rase pedih + kebas lagi. Acane tu? Next month kena inject lagi. Harap-harap boleh cool jek time tu! haha lawak lawak!
Oo lagi satu, ubat dah tukar, sebelum ni nurse bagi 1 jenis vitamin je (obimin), skang dapat 4 jenis (B Complex, Asid Folic, Vit C dgn Iron). Kandungan obimin dgn vitamin baru ni lebih kurang je rasanya. Tapi yang penting, 4 vitamin ni kecik-kecik molek je. Senang nak telan tak payah kunyah-kunyah dah! (Ye, sebelum ni saya kunyah obimin. Sedap? Ewwww nak muntah k!). Nasib baik dah tukar. Mekasih nurse!
Yang ni obimin
Iron, Vit. C, B Complex & Acid Folic
0 comments:
Post a Comment