Gedik tak nak cerita experience bersalin? haha. bukan nak takut-takutkan orang yg belum ada experience bersalin dan bukan jugak nak boast yang kita dah penah experienced mcm mana peritnya rasa bersalin tu.
Saja nak biar my boy tau bila besar nanti macam mana mama dia rasa, and jugak sebagai guidance untuk myself, kot la pregnant lagi nanti kan.. insya Allah..
Ok, start now! :p
Wed - 12 Dec 2012
Malam rabu tu, rasa senggugut tiba-tiba. Senggugut yang mild tapi agak kerap. Dah lama tak rasa senggugut, tekejut jap. Terpikir, dah time ke? tapi EDD lagi sebulan. Pastu terus teringat. Braxton hicks kot! sebab semalam (selasa) ada minum nescafe. maybe angin masuk atau pun memang braxton hicks. Tahan je la sakit tu dengan harapan esok akan okey. Malam tu tak boleh tido pun tahan sakit. Duduk pun tak betul. Sekejap mengerang jap diam. Jap baring jap duduk. Lan dah ajak pergi hospital, tapi lagi sebulan kan EDD, ingat takda apa, biarkan je la.
Thu - 13 Dec 2012
Khamis pagi, still rasa senggugut tapi tak sekerap macam malam tadi. Duduk kat rumah sorang, lan kerja. Tahan je lagi. Dalam sejam, rasa senggugut tu datang sekali or 2 kali.
Khamis petang, ada show, lendir pekat macam gam dah keluar. Debar dahh.. Senggugut still rasa.
Khamis malam, dah sakit sangat and sakit pun konsisten 7,8,9 minit. Kaki kiri yang selama ni bengkak tak penah surut, tiba-tiba surut. Time tu dalam kul 11.30pm. Lan dah ajak pergi hospital banyak kali, tapi ai asyik cakap belum kot, ni sakit biasa kottt...takot sebenarnya.. haha.. kul 12 tak tahan gila, pegi jugak la Hospital Ampang. Reason nak pegi Ampang walaupun HUKM tersangatlah dekat dengan rumah: ramai dah kekawan deliver kat Hospital Ampang, semua bagi review yg sangat bagus and dah start terpengaruh. Lagi satu kat HUKM mcm banyak pelatih je. Tak sanggup la asyik kena interview je huhu.
Fri - 14 Dec 2012
Ok da masuk 14.12.12 ye. Hehe.
Time on the way pergi hospital, jangan cakap la. Rasa macam nak suruh husband bawak 10km/h je time datang contraction. 12 am sampai hospital. Kat PAC, ada doc chinese perempuan yang tengah on duty, check perut, pasang CTG, tanya macam-macam, pastu buat VE (vaginal examination). First time kena seluk, ok lagi sebab doc chinese ni kecik molek je.. sakit memang sakit tapi still boleh tahan. Ok kawan-kawan, sila guess dah berapa cm opening? 6 cm ye! Ya Allah! 6 cm ni da boleh terberanak dalam kereta kott.. Adoi. memang bersalin malam ni jugak la! Pastu doc chinese tu nak pecahkan air ketuban. Ya Allah sakit gila dia cucuk. Tapi tak pecah-pecah gak. Datang sorang doc melayu perempuan. Punya la kasar gila cucuk nak pecahkan air ketuban. Rasa nak bagi pelempang je. Dah la tak mesra langsung! *Benci part ni* At last pecah gak la air ketuban. Lepas tu, dah kena tolak masuk Labour Room.
Around 1 am dah masuk kat Labour Room. Doc ngn nurse kat situ pulak baca report dari PAC. Rupanya doc chinese tu tukar bukaan jadi 5 cm. Ada sorang staff nurse datang, bagitau bacaan CTG macam baby stress skit. Kalo baby makin stress and opening belum sampai 10 cm, no other choice, kena ceaser. Ok fine terima jek.
Lepas tu contraction makin la kerap. Sakitnya Allah je yang tau. Doc yang on duty kat Labour Room ni doc laki plak. Ada 2 doc laki. Malay and indian. Ai dapat indian doc. Muda. Lembut jek. Malu siot! Tapi sakit tu lagi dasyat dari malu tu. Haha. Dia buat VE lagi. Still 5 cm. Dia bagi injection untuk cepatkan opening. Around 2 am baru en husband masuk skali dalam Labour Room.
Yang tak best lagi, tekak haus gila!!! tapi dah tak boleh minum. haha tapi Lan curi-curi bagi minum sikit. Bukan minum pun. basahkan bibir je. Tekak kering gila oit. macam mana la nak push nanti. Pastu memang contraction makin kerap. Memang dah tak ingat apa dah. Bila contraction tak rasa dapat tidur kejap, contraction datang, besi katil tu rasa macam nak dicabut-cabut :p
Around 5 am, rasa macam nak buang air besar time contraction datang. Nurse baju biru datang check VE dah 8-9 cm. Dia suruh try teran sebab heartbeat baby ok. Try la teran, tapi baby tak nampak nak keluar lagi. Ok dia bagi masa. After few minutes, nurse lain datang, check bukaan, lepas tu cakap "Kepala baby dah bengkak. Teran awal sangat. Jangan tipu kitorang tau". WHAT? Tadi nurse lain suruh teran, ni tak bagi teran pulak. *Benci lagi di situ* Then indian doc tu masuk, check bukaan, and yes! dah 10 cm. Boleh teran sekarang! Teran punya teran, salah teran pulakk.. Lepas few times tak berjaya teran, nurse ambik tempat letak kaki yang ada tali boleh tarik tu. Tolak kaki, tarik and teran!. Cuba dan cuba, kena marah banyak kali, Alhamdulillah, 5.18 am, keluar la baby boy..
Nurse letak baby atas kita. Lan pun azan kat telinga baby.
Perasaan: Gembira, terharu, sedih, penat, marah, semua ada.
Priceless moment.
Lepas tu, bab jahit-jahit. Teetttt nasib baik bius. Kalau tak, PENGSAN!
Alhamdulillah, baby takde problem, 6.30am masuk wad, 4 pm dah boleh balik :)
p/s: Recommended la Hospital Ampang ni. Wad selesa. Even share 4 orang. Staf nurse pun actually baik-baik belaka. Siapa kata hospital government tak best? :)
Tuesday, June 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment