rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Tuesday, November 27, 2012

VCO Tanamera

Assalamualaikum semua!

Last entry ada mention pasal beli VCO, Herbal Massage Oil & Brown Soap from Tanamera kan?
So nak story la kenapa suddenly terbeli 3 things ni.


The main reason: Nak buat perineal massage! 

Apa plak perineal massage tuh? 

Kalau rasa nak bersalin normal, and taknak kena jahit bawah tu, elok la korang amalkan perineal amssage nih. Ada orang sebut perineum massage. Both pun sama je..

Macam mana nak buat perineal massage ni?

Ai copy paste je la the technique okay! Sila baca untuk kebaikan bersama!


****************************************
 Source: http://zuzuindahouse.blogspot.com/2011/04/perineal-massage-amalkan-before.html

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


*****************************************************
Korang boleh google the illustration for better explaination. Nak paste kat sini, malu :p

Sakit? 
Memang sakit! Ngilu! Perit!
Tapi memula je..
Dah buat lama-lama tak sakit dah.. (orang cakap)

Perinial massage ni dah boleh start buat 4-6 weeks before EDD.
Ramai yang recommend VCO Tanamera memang sangat sesuai for this purpose.
And sila minum 1 tbsp of VCO Tanamera every day for this purpose jugak.. 
InsyaAllah berkesan.. (ikut experience orang lain jugak)
For more testimonial, boleh refer website Tanamera.
Oh! VCO ni jugak boleh sapu kat perut untuk hilangkan strech mark ye!

Harap-harap it works for me.. Insya Allah..

Herbal Massage Oil & Brown soap tu saje je beli sebab nak dapatkan free delivery kalau beli more than RM100 kat website Tanamera. Kalau tak kena charge RM12. Better beli something kan! Brown soap tu macam sabun scrub. Best jugak. Lepas mandi macam bau spa jek toilet tu. Ramai yang recommend both items ni! Tak rugi beli :)

1 comments:

Unknown said...

Omg. Cam.. takutnyaaaa. Hahaha

Post a Comment