rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah rezeki dari Allah

Cerita yg bakal diceritakan, mungkin semua dah tau, tapi untuk makluman diri sendiri kot2 terlupa ingatan bila2 la kan (mintak dijauhkan), wajib ditulis dalam blog ni. So, cerita ni mcm flash back okeh sebab cerita dari taun lepas nye. Lets flash back!


Alhamdulillah..
Satu nikmat ditarik, tapi Allah bagi nikmat lain.

Lepas abes je kontrak PTD bln 11 taun lepas, terus tanam anggur sampai la bulan 4 baru ni. Yes, saya dah dpt kerja baru, keje bese2 je orang kata, tapi still dekat dgn ofis lama, walaupun lain2 blok.

Rezeki Allah bagi, sebulan lepas tu, badan rasa lain mcm, loya sana sini. Dalam hati dah terdetik, ting! maybe pregnant! tapi buat2 bese, tamau excited sgt sebab penah je cek2 tapi takde pape. Sape tak sedih wooo. Dah nak setahun kawen, badan mmg berisi tapi takde isi. Camne tu? Hadoi!

Last2, carik gak pregnancy test, and yes! Double line! Woohoooo! Sape tak gembira beb? ALHAMDULILLAH.. perkataan pertama yg terkuar. Sengih2 tunjuk pregnancy test tu kat en. husband, terus ajak gi klinik pagi2 tu. Lagi tak nyempat! Sape tak happy kan?

Pagi2 pegi klinik dkt ngan rumah, jumpa doc,

"Doc, sy dah buat pregnancy test kat rumah, dah mcm confirm pregnant" (confirm ke? haha)
"Bile awk last kencing?"
"Pagi tadi dlm kul 6 lebih"
"Oo sekarang baru pkul 9, awk kena 4 jam tahan kecing baru boleh buat ultrasound. Untuk pagi ni, sy buat urine test dulu untuk confirmkan your pregnancy".
"Hek? mcm tu sy dtg balik lepas sy abes keje la dlm kul 5 lebih"
"Ok, tapi lepas pkul 5, doc laki akan sambung shift"
"(Gulp!) Doc laki? segan plak saya (1st time nak confirmkan pregnancy pastu doc laki lak? adoii)
"Kalo awk nak doc pompuan, kat seberang blok nuuun sana ada klinik dr. pompuan, boleh la try"
"Ok, baik doktor!"

Doc pon buat urine test..

"Tahniah, double line, awk mengandung"
 "Oooo (muka senyum2) bla bla bla (tak ingat ckp ape lagi)"

ALHAMDULILLAH again, pregnancy test kat rumah tu tak menipu! huhuhu..
Pastu terus gi keje..


Petang pas abes keje, terus gi klinik lagi satu. Ok, doc pompuan.
"Doc, saya nak buat ultrasound. Sy dah disahkan pregnant kat klinik sebelah sana tu"
"Ok, baring.."
"Erm.. baby awk dah 6 minggu, erm tapi ada fibroid dan cyst ni"
"HAAAA? bahaya ke doc"
"Tak bahaya la, pregnant lady mmg ade possibility untuk dpt fibroid & cyst di awal2 kehamilan, so tak perlu risau sangat."
Oit sape tak risau doktor? Terus hati jadi gundah gulana walaupun doc dah ckp takde pape, tapi explaination doc tu mcm tak meyakinkan. Bertambah gundah gulana..

Lepas tu mmg mkn tak selera, risau punya pasal..
Buat research kat internet, banyak gak yg ada fibroid & cyst time pregnant ni. Mostly fibroid & cyst akan hilang bila kandungan makin besar. Apa yg boleh aku buat, hanya mampu berdoa & berharap yg fibroid & cyst ni akan hilang bila baby besar nanti.. Aminn..

Then selang beberapa hari lagi lps tu, pegi klinik yg mula2 pegi tu, untuk double confirm psl fibroid & cyst ni.
Buat ultrasound sume, mmg confirm ada fibroid & cyst, tanya doc tu kena refer pakar gynae ke camne ni? Doc tu ckp tak perlu lagi sbb kalo pegi jumpa gynae pun, dorg akan monitor je sebab saiz kecik lagi. Ok, sekarang perlu monitor je.. Every month mmg saje pegi scan kat situ nak tgk progress baby ngn saiz fibroid & cyst tu.

Last update: 11/7/2012.
Pegi klinik swasta tu balik, buat ultrasound, baby dalam 14 minggu, fibroid dah tak nampak & saiz cyst still sama dgn dulu, 2 cm. 2 cm tu kecik lagi doc ckp, bila lebih 5 cm tu yg bahaya.

Oh lupa nak bgtau, sy buat monthly checkup kat KKIA Jalan Cheras. Ok la klinik tu, cuma ramai orang asing je. Kekadang terpekikk terlolong nurse ni panggil dorg sbb dorg nih bukan reti ckp bahasa melayu! hadoiii pening betul!

Insyaallah mnggu ni nak scan lagi kat klinik swasta tu, tgk progres baby camne. Kalau ikutkan skang dah 17 minggu. Tapi belum rasa gerak2 lagi. Perut tebal la tuh! huhu. Insya Allah, sikit masa lagi =)

p/s: Awal pregnancy, saya mual dgn teruk, susu tak boleh minum langsung, makan muntah, makan muntah tu je keje. Alhamdulillah skang dah makin stabil & sihat =)

5 comments:

Pensil Tajam said...

yeay!!!!

fadhilah said...

cis! nak pegi scan lagi tapi berdebar je. takut woo

Nurul Affendi said...

iyas dah nk dapat adek girl (kf).
kali ni adek ape lak iyas dapat?!
:)
importanto! take care!

Pensil Tajam said...

nnt dah masuk 5/6 bulan, g scan 4D ek!! besttt!!!

Lia Akma said...

Fad,tahniah!jage diri ye..sgt best ada anak..cuma kalut sket..haha

Post a Comment