rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Friday, November 23, 2012

Bedding set

Assalamualaikum..

Genap 33 weeks today.

I'm done with bedding set! Hoyehh!! Tak nak pening kepala lagi dah. Tak boleh blah. Bedding set pun pening! (Sebab harga dia yg boleh tahan, wajib la decide betul-betul kan..)

Design pilihan: Hehehehe da siap nanti baru tunjuk okeyh! InsyaAllah dapat by end of December. (Hopefully my baby keluar ontime. Aminn..)

Anyone yang nak order set tilam kekabu, memang banyak online boutique kat luar sana yang boleh buat order korang. Pilih je nak design apa, warna apa, dah siappp.. Tapi memang mahal sket la kalau nak tilam kekabu ni kan.. Takpe! untuk keselesaan anak mama tersayang, tilam kekabu jadi pilihan! :)

List of website/blog set tilam kekabu:

1) Bantalkabu - at first, memang nak amik sini, tapi design yang cantik itu dah sold out plakk.. Sape suh lambat lagi kann..
2) Little DJE - ada kenan kat satu design ni, tapi alahai pink color la plak.. of course la encik husband tak agree.. Kalau yg bercita-cita nak order dengan Little DJE ni, haruslah sentiasa up-to-date dengan FB dorang, sebab design kuar by album, and usually design akan habis dalam few days (or hours!). Dasyat!


3) Little Diva Handmade - jual ready stock
4) Ummi Craft
5) Cutie Baby Bedding - saya order sini!!!! heee :) geram tgk design macam-macam.. and btw, kakak ni sangat friendly & respond pun sangat pantas!

and more... google jek set tilam kekabu ye.


Untuk baby boy pon dah pening, kalo baby girl lagi laaa.. design cute-cute, comel-comel!! 

p/s: Pasni nak blajar jahit quilt, boleh tak? *angan-angan di tengahari*

Monday, November 19, 2012

Entry confuse!

Assalamualaikum..

Entry confuse hari ni..
Dari semalam confuse..
Sampai masuk dalam mimpi!
Confuse2..

Mana korang rasa sesuai?

Dua-dua atas ni kain panel untuk buat comforter baby.


Yang ni pulak kain untuk sarung tilam baby.


Yang confusenya, kain panel comforter mana yang match dengan sarung tilam baby nih???

Fenin.. fenin... help helppp!!

p/s: Kalau dah ada pilihan, baru ai bgtau ai nak tempah kat mana ye :)

p/s #2: Picture credit to fabric supplier: Maymay Shop

Friday, October 19, 2012

Set berpantang apa nak beli?

Assalamualaikum semua!

Harini genap 28 weeks. Tetiba rasa macam kelam kabut, barang baby baru beli baju-baju je. Banyak lagi benda nak kena beli kottt! Dush! Nampaknya dapat je gaji bulan ni terus kena bershopping ye encik suami!

Baru-baru ni masa duk godek-godek blog mommy-to-be & dah-jadi-mommy, nampak ramai yang bagi komen positif kat Set Berpantang Shaklee. Apa??! Dah google set pantang dah? haha.. google tu wajib! beli tu tunggu time ada duit.

source: ibuqiqi.com


Korang rasa bagus tak Shaklee ni? Ada sape penah try? Shaklee ni kira set pantang yang moden la sebab sumenya vitamin jek. Kalau ikut testimonial & komen-komen positif tu, ramai kata Shaklee ni macam milk booster, kasi mommy yang baru bersalin ni lebih bertenaga, macam-macam lagi lah.

Sebenarnya dah tertarik pon!!! :p Tapi kalau tengok harga Shaklee ni, memang boleh tahannn! Tapi dorang ada gak trial pack, yang cukup untuk 40 hari pantang..

Erm... nak ke idak eh... Pikir lagii..

Friday, October 12, 2012

Doa untuk anak dalam kandungan

Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu.

Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sempurna dan sihat, berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Tuhan semesta alam.

Amin, Amin Ya-Rabbal Al-Amin..

KKIA baru!

Assalamualaikum semua!

Arini nak cerita pasal last check up. Start minggu lepas, KKIA Jalan Cheras dah pindah kat sebelah dengan HUKM. Dekatttt la sangat dengan rumah ai! KKIA ni dah combine dengan Klinik Kesihatan, so memang besar la klinik baru ni. Bangunan baru ye! Dalam-dalaman pon sume baru-baru lagi! (Meja nurse jek meja lama. Ahaks!)

Sebab klinik dah besar, sistem dorang pun dah mula teratur sket. Masuk je Klinik kesihatan tu, jangan terus pegi kaunter ye. Tu kaunter untuk klinik kesihatan. Ala klinik untuk sakit-sakit bese je macam demam ke ape ke. Kalau nak check up baby, kena belok ke kanan dan straight. Jumpa lah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Boleh tahan besar la ruang menunggu dia. Datang time petang pon, memang orang tak seramai time pagi. Sampai je, masuk buku pink dalam bakul (sama mcm klinik lama). Lepas tu nurse panggil nama kita & bagi skali nombor giliran. Okeh kemajuan no.1: Dah ada sistem nombor. Takde la macam klinik lama dulu, asal nak panggil je kena terjerit panggil nama. Dah la dengan budak-budak yang bising. Rimas ai! huhu. Bila dah dapat nombor, nurse bagi satu borang, suruh pegi makmal, opposite dengan pintu KKIA untuk buat urine test. Kemajuan no.2: Nak buat urine test pun kena amik nombor lain ye kawan-kawan! Nasib baik ada preggy mom kat depan aku tuh yang bagitau kena amik nombor, kalo tak memang lame la aku menunggu. Haha.. Toilet sume dah ada dalam makmal tu. Botol-botol pon dah ada nombor siri. Dah macam sepital dahh.. Kalau tak klinik lama, buat urine test dalam paper cup je. Jangan tak percaya!


Lepas buat urine test, dapat result, bawak paper result tu pegi KKIA, tunggu nombor giliran yang mula-mula tu dipanggil. Okeh kat sini macam lama sikit kena tunggu. Setiap nurse dah ditugaskan untuk check & jaga patient ikut kawasan masing-masing, ikut patient tu rumah dia kat mana. So, kena tunggu nurse tu abes check patient lain, baru sampai giliran kita. Lama la jugak tunggu kat sini. Ada la dalam 30-40 minit. Mata da ngantuk-ngantuk pun. Lepas tu, nombor kena panggil, timbang berat time! Aiyakkk berat naik 4.2 kilo daripada 4 minggu lepas! Banyak tuhh..

Lepas timbang berat, macam bese la nurse check bp, ukur perut, check kaki (kaki kiri ai dah membengkak sikit ye), check heart beat baby.. Borak-borak pasal tu ini (borak la sangat, macam banyak bagi nasihat la kat aku ni pasal pemakanan, bla bla blaa..). Oo lupa, result MGTT belum dapat lagi laa.. Berdebar jugak tunggu result tu. Nurse yang jaga result MGTT tu kuar pi melawat plak... kena tunggu lagi la gamaknye.

Lepas tu, pegi satu bilik ni sebab nak kena inject kancing gigi. Haha kalo nak tau, result BP tak bape cantik. Sebabnye: Risau + takut nak kena inject! Hahahaha berdebar tak tentu pasal! Last kena inject pun bila eh? From 3 kan? lupa ahh.. Tapi perghhhhh pedihnya kena inject tu memang la.. pedih siot! Kebas tangan sampai ari khamis tau! Inject ari selasa, khamis pun rase pedih + kebas lagi. Acane tu? Next month kena inject lagi. Harap-harap boleh cool jek time tu! haha lawak lawak!

Oo lagi satu, ubat dah tukar, sebelum ni nurse bagi 1 jenis vitamin je (obimin), skang dapat 4 jenis (B Complex, Asid Folic, Vit C dgn Iron). Kandungan obimin dgn vitamin baru ni lebih kurang je rasanya. Tapi yang penting, 4 vitamin ni kecik-kecik molek je. Senang nak telan tak payah kunyah-kunyah dah! (Ye, sebelum ni saya kunyah obimin. Sedap? Ewwww nak muntah k!). Nasib baik dah tukar. Mekasih nurse!


Yang ni obimin

Iron, Vit. C, B Complex & Acid Folic

Scan 3D 4D at 26 weeks

Assalamualaikum semua!

Hari ni genap pregnant 27 weeks. Ikut ticker, 91 days to go.. Makin berdebar je rasa. Dup dap dup dap!

Last week @ 26 weeks, pergi scan 4D baby kat Scan 3D 4D Malaysia. Kitorang buat appointment kat Klinik Fauziah, Ampang hari Sabtu. Maybe ada delay sket atau memang dia bukat slot banyak sangat aritu, appointment kitorg sepatutnya pukul 1.40 pm tapi pukul 3 lebih baru sampai turn kitorang.Tapi tak kesah sangatla sebab memang bes scan kat sini. Sonographer kat situ, Jezzlyn sangat la friendly. Kita pun tak segan sangat.

Kitorang buat scan 3D 4D je, tak buat detail scan. Tapi amik pakej 3D 4D scan pun Jezz tengok tumbesaran baby sama tak dengan umur baby skang. Tapi kalo buat detail scan memang detail betul la. Jantung pun check, paru-paru pun check. Kitorang decide, takpe la.. amik 3D 4D scan jek.. Harga untuk pakej 3D 4D = RM 100. Kalau buat sekali dengan detail scan, harganya RM 200.

So far, alhamdulillah.. baby membesar dengan jayanya! Pipi pun dah gemok, Jezz cakap. Haha. Mulut kecik je, hidung mancung, Jezz cakap lagi. Ikut ayahnye ke? Errr... ye kott haha. Tapi yang ikut mamanya, tido lena betul! Jezz gerak2 perut suruh bangun pon baby tak nak bangun. Aku ni memang suka tido! haha masa bujang2 time blajar dulu je la.. sekarang ni dah normal okeh =p

Oo yang besnya kat sini, kalo scan tapi baby taknak tunjuk muka gak, walau dipujuk berkali-kali, kita takkan di charge okeh! Okeh la tu kan.. tapi nasib baik la anak mama ni bagusss je tunjuk muka dia. Dengan dia punya tetttt pun siap tayang lagi! dan untuk makluman ye, confirm 100% its a BOY!! Jezz cakap, " Eee tak malu la dia ni da tunjuk-tunjuk dah dia punya bebird. Tak sorok-sorok ponnn" (Jezz bercakap dengan gaya yang comel ye kawan-kawan, macam tengah cakap ngan budak). So alhamdulillah, memang aku da beli banyak baju kaler biru. Sebelum ni macam asyik terpikir je betul ke anak aku ni boy? buatnya gegirl... tapi boleh jugak la kan baby girl pakai baju biru. Padehall.. Jangan baby boy pakai baju kaler pink sudahhh... Sian dia..

Say no more, dipertontonkan muka anak aku yang comel ini (puji anak sendiri takde sape marah kan kann) =)

  

 



 
  Ni pulak video dia tak nak bangun tido even Jezz da goyang-goyang perut suruh dia bangun. Yang bergoyang-goyang tu adalah perut aku yang sedang digoncang ye! haha

P/s: Untuk booking, please go to page 3D 4D Scan Malaysia, dorang selalunya akan keluarkan schedule untuk seminggu, then baru buat booking ye..

Friday, September 21, 2012

Shopping barang baby!

Assalamualaikum semua!

Dengan eksaited nye, kitorg dah bli baju baby! Heee... Ok la kan dan 24w pun..
Semalam lepas keje, terus gi Sogo. Konon2 Sogo buat Baby Fair.


Tapi alahai... ciputt je pun barangnye. Nak kata murah, so-so je la.. Tapi sebab mmg dah eksaited, rembat gak la baju untuk baby. Hasil rembatan seperti gambar di bwh:


Haha sume pun putih biru je! So korang dah boleh agak kan gender ape kan? :p (Baru scan skali je tgk gender, mintak2 tak berubah la gender kan)

 

Da lepas lipat2, ala alaaa tomeinyee lipat baju budak kecik! Gembira sungguh hang naa! Baru bli sket2, next time kite tambah kasi penuh almari naaa :)

Lepas shopping, kitorg pi makan Manhattan Fish Market. Erkkk kenyang gile smp perut sgt la tegang! Tak senonot je haha. Time kasih kat ayah ye bb sbb blanje kite. Nnti suh blanje lagi okek!

p/s: Rentetan panic attack last week, hari ni kena call HUKM utk checkresult test spesimen yg dia amik tu. Alhamdulillah normal je. Fuhhh kalo tak kena dtg HUKM, masuk speculum lagi. Adoiiii...

Wednesday, September 19, 2012

Cerita lama: Minum air gula

Eh eh camne boleh lupe plak nk update pasal kena minum air gula last 2 weeks ni. Bz kemain nampak! Dushh! Bz dgn jamuan raya memanjang wakakaka..

Date untuk minum air gula aka MGTT test mmg nurse kat KKIA Jalan Cheras dah bg siap2 time dtg first check up lagi! Awal gile kan?

So, tarikh MGTT test: 7 Sept 2012

Sebab kena buat MGTT test ni? entah.. prosedur KKIA camtu kot. dengar kata sume yg pregnant 25 thun ke atas wajib buat test ni. terima je okek!

Malam sebelum tu dah kena puasa start pukul 10 pm. Minum air pon tak boleh. Esok pagi kul 7.30 dah terpacak kat dpn klinik. Mula2, kena amik darah. Mcm biasa, mmg takkan pandang jarum yg sedang menyucuk tangan ku itu! Ngeri tgk jarum. Eeiii.. Lepas tu terus kena minum 1 cawan tinggi air gula pekat. Debar je rasa nk minum. Sebelum turn aku, ramai dah kena minum dulu. Mcm2 kerenah ade. Ade yg gedik2 ngn laki geleng2 kepala ckp "Urghh taknak minum" dgn suara yg bajek paling comel, ada yg minum sekali gus (cayalah!).

Amik je gelas dari nurse, tgn dah terketar2. Duk sebelah en. husband, gelak2, terus minum sikit nk rasa dulu. Rasa sikit, "Mmm, not bad!" terus minum dengan jaya ya! tapi tak de ar minum sekali gus smp abes. Perit tekak wehhh. Terbatuk2 gak la. Tapi bangga dgn diri sendiri sbb skjap je da abes minum! Hahahahaha! Ni lah akibatnye asik suka mkn makanan manis2. Tgk result nnti melompat plak! Adoi tggu result pun berdebar gak.

Result lebih kurang 2 minggu kot baru dpt. Maknenye, next check up bln 10  le baru tau resultnya.. Sabar menanti.. Next check up gak kena injection kancing gigi. Jarum lagi! Adoyaiiii!! Dah ngilu2 dah lengan ni terbayang nak kena injection huhu..

Next check up KKIA Jln Cheras tu dah pindah gi KK baru kat sebelah HUKM. Syok ar kat tempat baru. Tapi mesti org makin ramai. Sama2 kita tggu nanti okek!


Friday, September 14, 2012

Panic attack!

Assalamualaikum semua.

Nak story sket pasal my baby dlm perut ni. Alhamdulillah skang dah 22w nak masuk 23w. Semalam tetibe terpanik sebab ade kesan mcm terkencing dlm seluar, tapi bukan kecing ye! Google mengoogle, terbaca ade kes air ketuban bocor tapi org tu dah 28w. Sebab air ketuban dah bocor, terpaksa bersalin awal, baby pun kuar kecik je. Mula la da cuak. Teringat kak nurul penah cite kawan dia pon penah rase mcm tu. Kena pegi check cepat2.

So, pagi tadi, masuk opis lambat skit, pegi klinik private kat ngn rumah dulu. Ckp je kat doc tu, rasa mcm leaking, terus dia kate, kena pegi hospital ni. Aduyai kompem kena 'cucuk' kalo pegi spital. Demi baby tersayang, en. husband bawak gi HUKM, hospital paling dekat ngn rumah.

Smpai HUKM, isi form sume, wat urine test, jumpa doc. Doc tanya mcm2, pastu die suh baring2. Jeng jenggg... nebes gile! pastu doc tu mintak speculum kat nurse. Betul jangkaanku! mmg dia nak 'cucuk'. Mesti sakit ni. First time you nak kena tunjuk kat org lain. ahaks! Pastu doc pon 'cucuk'. Terkejut kejap. smp nurse tu kate jgn kemut dik jgn kemut. Sakit la kak oi!

Pastu doc ngn nurse tu ckp, takde ape ni, keputihan je. Alhamdulillah! Lega! Bukan bocor. Tapi rasenye doc tu amik spesimen sbb kena follow up lagi seminggu. Kalo tak ok, kena dtg buat check lagi. Gulp! Kena lagi ke? huhu terima je la demi baby tersayang kan?

Sebab en. husband tak bawak GL, ye la dtg terkocoh2 mana sempat nk amik GL kat opis kan, kena bayar RM75. Tapi nnti boleh bawak GL, claim balik kat HUKM. Ok la tu.

Lega hati. Semalam asik pikir je, kalo betul bocor, baby boleh dpt infection, pastu kena bersalin awal. Mintak dijauhkan la semua tu.. Semoga baby boleh lahir dengan selamat.. Aminnn.....

P/s: Saya dah tau gender my baby! :)

Friday, August 17, 2012

Kisah sedih di saat hujung Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah 29 Ramadhan, maknanya tinggal 1 hari lagi je umat Islam nak berpuasa.
Ya Allah, rasa sedih sangat, amal ibadat rasa sikit sangat tahun ni..
Mana tak nye, malam asyik melepet je, ape pun tak boleh buat..
Rugi sangat rasanya.. =(

Ade cerita sedih menjelang seminggu nak raya.
Rumah nenek mr.husband kat Melaka terbakar habis.
Memang tinggal tapak je la rumah tu.
Rumah pusaka hilang mcm tu je. sedih kan..
Tapi syukur sangat nenek & pakcik mr. husband yang duk kat rumah tu stay kat KL.

Bayangkan, seminggu nak raya, tak de kampung la family in-law nak balik tahun ni.
Even rumah adik beradik ayah mr. husband dekat2 situ jugak, feel beraya rumah nenek tu mmg lain la..
Memang takkan sama.. (Rumah nenek yg terbakar ni, nenek sebelah emak mr. husband)
Adik beradik MIL dah takde kampung nak beraya laa.. =(

Full story pasal kebakaran tu, boleh baca link paper metro ni.

Apa-ape pun, kesian kat nenek.
Mungkin ada hikmah disebaliknya..

=(