rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Tuesday, December 14, 2010

Edisi Cuak: Photographer Belum Di'hire' Lagi!!

Okeyh!
5 bulan lg!
Tapi, photographer belum ade lg.
Camne nih? cuakkk..
Da survey2 tp....

Korg ade suggestion mane2 photographer yg hasilnya boleh dibanggakan pada harga yg berpatutan?
hehe.. pls2....

latest update 20/12/2010

Rasenye tak yah la kot komen satu2 kan, korg tgk je sape yg jadi my OP nnti. haha :D Photographer dlm senarai:

1) Piiown
2) Peveyhack.com
3) Azamalwi
4) Serinditphoto
5) Zain Noer
6) Anan Amri
7) Acaii Jawe
8) VelOliver
9) Ahmad Fairus

Monday, December 13, 2010

Wedding Favors

Right now (act from past few weeks) im thinking of these two as a wedding favors:


Nice isn't? Hurmmm...

p/s: Kak nurul, sy nak 'Thank You" tag sebijik mcm kt atas tu. bape hengget satu?

Sunday, December 12, 2010

Chiavari Chair

Boleh tak kalo time wedding nnti nk kerusi mcm ni?


Tapi harga nk sewa makk aiii.... RM15-RM20/chair a.k.a sama ngn harga 1 pax utk pakej complete makan! Kire double la kalo amik kerusi ni. waaa... nape harga die tak same mcm kerusi banquet biase ha?

Saya redha, pakai kerusi plastik! Huhu...

Disebabkan TAK MUNGKIN akan dpt chiavari chair ni, dapat tgk gmbr pun sudah..


Ok! Sy jeles! Uwaaaaaa... T T

p/s: berangan mcm duit puluh2 ribu! sedar2 la diri tu sket fadhilah oi!

Thursday, December 9, 2010

Inalillah..

Bgun2 pagi td, dpt sms dr Lia :

Slm. Ayah saya telah pulang ke rahmatullah pada pukul 1.20am pagi ni. Doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin..

Inalillah... Banyak2 sabar ye lia.. Insyaallah kami semua akan mendoakan arwah.. amin...

Wednesday, December 8, 2010

Chcecklist lagik!!

Allright peeps! From now on, blog ni akan penuh dgn wedding talkabout. yup im getting married. 1n 5 months from now (lame lg kak oi!) lame ke? rase mcm byk gile bende nk plan nih. hehe.. so, 1st entro on wedding: Checklist!

::Perkara Yang Perlu::
Perkara yang disenaraikan di bawah ini perlu dirancang dengan teliti. Anda perlu mendapatkan orang yang dihubungi dan nombor telefon.
1. Penyelaras majlis - DONE (makcik ku)
2. Lokasi majlis pernikahan - DONE (rumah sendiri)
3. Kadi
4. Hiasan untuk lokasi majlis pernikahan
5. Muzik
6. Pengacara majlis
7. Gaun pengantin
8. Perhiasan untuk pengantin perempuan
9. Juruandam/ jurusolek - DONE (makcik ku lagi)
10. Bunga pegang
11. Perhiasan untuk pengantin lelaki
12. Pakaian pengantin lelaki
13. Bunga korsaj
14. Pengapit dan kelengkapannya
15. Pakaian pengapit pengantin perempuan
16. Pakaian untuk kanak-kanak pengiring
17. Pakaian untuk penyambut tetamu
18. Pakaian untuk pengiring VIP
19. Lokasi upacara persandingan
20. Katering
21. Hiasan untuk majlis persandingan
22. MC untuk upacara persandingan
23. Pengesahan tetamu
24. Cenderahati/ bunga telur
25. Studio foto
26. Kek perkahwinan
27. Jurugambar
28. Juruvideo
29. Kenderaan
::Perbelanjaan Untuk Majlis Perkahwinan::
1] Pengantin perempuan
Cincin kahwin untuk pengantin lelaki | hantaran untuk pengantin lelaki | hadiah untuk pengapit | katering | juruandam | pemeriksaan kesihatan | kursus perkahwinan | pengangkutan & kediaman untuk saudara | jumlah tetamu | ole-ole untuk tetamu
2] Pengantin lelaki
Cincin untuk pengantin perempuan | hantaran untuk pengantin perempuan | hadiah untuk pengapit | pakaian untuk pengantin lelaki | pakej perkahwinan | wang hantaran | wang mas kahwin | katering untuk rumah pengantin lelaki | ole-ole untuk tetamu | perbelanjaan untuk bulan madu | pemeriksaan kesihatan | kursus perkahwinan
3] Keluarga pengantin perempuan
Majlis perkahwinan | lokasi majlis perkahwinan | perbelanjaan untuk keseluruhan majlis | pakej perkahwinan | jurufoto | juruvideo | pakaian untuk keseluruhan keluarga | pakaian untuk kanak-kanak pengiring | tempahan hantaran dan perhiasan | katering | hiasan bilik pengantin dan rumah
4] Keluarga pengantin lelaki
Pakaian untuk keseluruhan keluarga | perbelanjaan untuk keseluruhan majlis di rumah | tempahan hantaran dan hiasan | jumlah tetamu | lokasi majlis perkahwinan | pakej perkahwinan
5] Perbelanjaan pengiring pengantin
Pengangkutan peribadi ke rumah pengantin | hadiah untuk pengantin
6] Perbelanjaan bersama pengantin lelaki & perempuan
Hadiah untuk ibubapa kedua belah pihak yang menyelenggara majlis | hadiah untuk pengapit kedua belah pihak | hadiah untuk pengiring pengantin | ole-ole untuk tetamu | bayaran untuk penyelaras majlis
7] Perbelanjaan sampingan
Gaun yang ingin dibeli terus oleh pengantin perempuan untuk koleksi peribadi | makan malam bagi mengucap terima kasih | hiasan bunga untuk pelamin, rumah, hantaran dan bilik

::Tugasan, Bajet & Perbelanjaan Sebenar::
1] Upacara
Sewa lokasi | kadi | pakaian | pengacara majlis
2] Penyelaras majlis
Kad undangan | buah tangan | alat tulis | buku pendaftaran | buku tetamu | hiasan lokasi | kedatangan tetamu
3] Pakaian
Pengantin perempuan | perhiasan | pengantin lelaki | pengapit lelaki | pengapit perempuan | penyambut tetamu | kanak-kanak pengiring | bunga pegang
4] Cincin
Cincin pernikahan untuk pengantin lelaki | cincin pernikahan untuk pengantin perempuan | perhiasan lain untuk pengantin perempuan
5] Hadiah
Hantaran untuk pengantin perempuan | hantaran untuk pengantin lelaki | hadiah untuk pengapit pengantin perempuan | hadiah untuk pengapit pengantin lelaki | hadiah kepada ibubapa kedua pihak | hadiah untuk pengiring
6] Bunga
Bunga pegang pengantin perempuan | bunga pegang untuk pengiring | korsaj untuk pengantin lelaki
7] Hiasan
Di lokasi perkahwinan | hiasan bilik pengantin | dalam rumah pengantin | di khemah makan | meja makan beradap | hiasan pelamin
8] Kelengkapan makanan
Katering | muzik | khemah | meja makan beradap | pengacara majlis | kuih-muih | kek pengantin | sewa lokasi
9] Jurugambar
Gambar pengantin | gambar keluarga | gambar di studio atau lokasi luar
10] Juruvideo
Liputan keseluruhan majlis | liputan khas pengantin
11] Pengangkutan
Sewa kenderaan | petugas meletak kereta | kawasan letak kereta yang mencukupi | kereta khas untuk mempelai
12] Pesta lain
Majlis mengucap terima kasih untuk petugas | latihan untuk majlis perkahwinan
13] Jurusolek/ juruandam
Pengantin perempuan | pangapit | pengiring | penyambut tetamu | pengacara majlis | pengiring VIP | lain-lain
14] Pakej bulan madu
Lokasi | bayaran untuk pakej

::Cheklist Terakhir::
Dalam checklist terakhir ni, anda perlu memastikan setiap tugasan dilengkapi dengan maklumat berkenaan kos belanja, nama individu bertanggungjawab, no. tel dan sudah dipesan atau tidak.
1] Upacara
Sewa lokasi | kadi | muzik | pengacara majlis
2] Perbelanjaan penyelaras majlis perkahwinan
Kad undangan | buah tangan | alat tulis | buku pendaftaran tetamu
3] Pakaian dan perhiasan
Pakaian pengantin | perhiasan | pakaian pengantin lelaki | perhiasan pengantin lelaki | kelengkapan pengapit lelaki | pakaian pengapit perempuan | pakaian pengiring | pakaian kanak-kanak dan bunga
4] Cincin
Cincin untuk pengantin lelaki | cincin untuk pengantin perempuan | perhiasan lain untuk pengantin perempuan
5] Hadiah
Hantaran untuk pengantin perempuan | hantaran untuk pengantin lelaki | hadiah untuk pengiring | hadiah untuk ibubapa kedua belah pihak | hadiah untuk pengapit kedua belah pihak
6] Hiasan lokasi majlis
Di lokasi pernikahan | di lokasi majlis perkahwinan
7] Bunga
Untuk pengantin perempuan | untuk pengapit | untuk pengiring | untuk pengantin lelaki
8] Jurugambar
Gambar liputan keseluruhan majlis | gambar di studio | gambar di lokasi luar
9] Juruvideo
Liputan keseluruhan majlis | liputan untuk pengantin
10] Pengangkutan
Sewa kenderaan | sewa kenderaan khas untuk pengantin
11] Latihan
Sesi latihan untuk majlis
12] Jurusolek/ juruandam
Jurusolek untuk pengantin perempuan | jurusolek untuk pengapit perempuan | jurusolek untuk pengiring | jurusolek untuk pengacara majlis | jurusolek penyambut tetamu
13] Pakej bulan madu
Lokasi bulan madu | bayaran pakej bulan madu


::Cheklist Sebelum Majlis::

6 hingga 12 bulan sebelum :
a. Pilih tarikh dan waktu bernikah
b. Pilih lokasi dan waktu jamuan & membuat tempahan
c. Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan
d. Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
e. Mengatur bajet & mengumpul nama tetamu
f. Memilih penyelaras yang terbaik bagi menata majlis
g. Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
h. Memilih katering, jurufoto dan juruvideo
i. Memilih kedia bunga serta penghias lokasi majlis
j. Memilih cincin pernikahan, muzik dan kek pengantin

4 bulan sebelum :
a. Menyelesaikan urusan persandingan (membayar deposit, memilih dan mencuba busana serta tinjau lokasi majlis)
b. Menentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis & muzik)
c. Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam
d. Menghubungi saksi pernikahan
e. Memesan ole-ole untuk tetamu

2 bulan sebelum :
a. Membuat perancangan bersama pengacara majlis
b. Mengaturkan tempat tinggal bagi saudara yang jauh
c. Merancang destinasi bulan madu
d. Mengaturkan sesi penggambaran di studio
e. Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat

Sebulan sebelum :
a. Menentukan waktu untuk sesi latihan
b. Mulai mengirim kad undangan

2 hingga 3 minggu sebelum :
a. Berikan tarikh sesi penggambaran kepada jurugambar
b. Pastikan cincin dalam ukuran betul

Seminggu sebelum :
a. Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
b. Tenangkan hati. Majakan tubuh badan; spa, lulur

Hari perkahwinan :
a. Pastikan mendapat rehat secukupnya
b. Mandi dengan sebersihnya agar berasa segar


::Tips Jimat Belanja::

a. Menyewa pakaian dan bukan membeli
b. Meninjau pakaian yang digemari & membandingkan harga bagi mendapatkan pakej yang paling murah
c. Beli kasut yang boleh dipakai untuk majlis lain & bunga pegang yang murah tetapi cantik
d. Buat majlis perkahwinan di rumah daripada di hotel
e. Minta jasa baik rakan untuk menjadi pengacara majlis, menjaga muzik, khidmat jurusolek dan juga khidmat jurufoto.
f. Dapatkan tawaran harga pakej perkahwinan dan pakej katering yang paling rendah
g. Ilhamkan sendiri gubahan hantaran; lebih menjimatkan daripada menempah


::Perancangan Kalendar::


a. Berbincanglah tentang tarikh bagi menghindarkan perbalahan
b. Tentukan tarikh paling baik untuk mengambil cuti bagi menghadapi saat perkahwinan
c. Buat perancangan bulan madu agar semuanya berjalan lancar
p/s: hamboi! pjg kemain checklist! untuk makluman, checklist ni diambil drpd blogger. tak ingt website die ape. kena review balik checklist nk tgk mane yg relevent! pape pun, tq for the checklist! :D

Monday, December 6, 2010

E-day zeze

On 28 November 2010, roommate ku a.k.a classmate ku a.k.a practicalmate ku, cik zeze dah pon bertunang dgn mr. ezz. Disebabkan tak amik byk pics pon aritu, satu je gmbr korg aku letak dlm bog ni. hehe. Utk pics yg lg byk, sila ke blog cik zeze okey!


Selamat bertunang ye kamu berdua! (jgn potong que okeh!)

Bandung Trip

Okeh! Lame gile kot nk update! Haha (ni pon curik2 mase je menghapdet blog. cheewahh..)

Back to the tittle : Bandung Trip. Alkisahnya, flight kitorg sepatutnya 10/11/10. (lawa lak date). tp disebabkan Gunung Merapi yang tak abes2 berasap tu, flight kitorg postponed ke 19/11/10. (ter'burn' cuti dgn kontrak baru. aiyakk!). mesti korg ingt pegi Bandung nk shopping kawen kan? ohh tidak!! saya beli barang lain yg tiada kaitan dgn kawen. hehe. bli barang kawen kt KL je sudahhh...

Ok, takyah cite pjg2, sila tgk pics :D