rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Thursday, November 11, 2010

Memang Sah Tak Paham Bahasa

Aku benci mak NYONYA!!!!!!

Mmg tak reti bahasa!!
Ko nk kau suh ckp bahasa ape lg?
Mcm mane nk set-up meeting tanpa Pengerusi ha?
BUNGUKS la ko!

Tuesday, November 9, 2010

Our Fifth Year

Cube korg tgk ticker kt belah kanan tu. Yg ade ladybird tiut tuh. Cube korg bace.


We've been together for 5 years and 4 days


Wahhh.. 5 taun eh.. mcm kejap jek. ehehe..
bile mau celebrate nih incik tunang?
jom lee.... hee...


p/s: happy anniversay my dear fiancee~ (sila belanja sy okeh!)

Saya Tidak Dapat Bercuti

Latest news from my auntie:

Flight canceled. Tarikh baru akan di beritahu kemudian.


Kawan-kawanku, anda selamat drpd sebarang kerja saya! haha..


p/s: Gembirakah aku?

Monday, November 8, 2010

Saya Benci Org Yang Tak Paham Bahasa

Arghhh!!
Kenape sume org tak bleh nk paham?
Kalo dah tak cukup ahli tu, tak bleh la nk jalan meeting!
Kalo ko nk cepat sgt, buat la meeting sendiri!
Ko ngn anak2 buah ko jd ahli!
Kan senang! on the dot dah dpt result!
Meeting tak bleh on aku nk buatt camne lg ha??!!

Yang si T**** tu plak pegi cuti pesal?
result bile nk upload?
Da tau kad takde, inform la awl2!
Sape yg menggelabah lepas tu? Aku jugak!
B** call hari2 bile result nk dpt?

Yang si B** nih da hujung2 taun mule menggelabah nk abes duit buat sebutharga
Pe kate korg urus sendiri dari mule?
Aku de 2 tgn jek! Kepala otak haku pon da abes pikir utk korg!
Yg korg tau : cepatkan, cepatkan, cepatkan
Pegi m******!

Yang mak nyons, lg 1 tak reti bahasa
Ko ingat aku bleh handle sume ahli JK dtg meeting?
Ko ingat aku bleh cepatkan kad yg plg cepat boleh amik hari rabu?
Ingat aku boleh handle sume ikut yg ko nak?
Yg ko tau: cepat. cepat, cepat! (same cam atas td)

Argghhhhh!!!!
Nak termuntah dah! chow!


p/s: Saje lepas geram, bukan tak mampu tanggung kerja kak tini, tp kesabaran yg aku ada da nk smpai limit! Shud i just hoping that my vacation will be postponed or shud i pray that we'll flying ontime? Demmmmmm~!

Monday, October 4, 2010

Lia Da Kawen!

Yeay! On 2nd Oct, our beloved friend Liaton da kawen! tp sorry lia tak dpt dtg kenduri belah lia kat Kulim, dpt dtg belah Faiz jek kt Seri Manjung.

Congratulation to both of you....
Semoga jodoh berpanjangan dan dapat baby yg comel2 :D
xoxo!


Sila layan gambar..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Yahuuu lusa da raya..!!
Arini mau half day pi last minute shopping :D
Mintak2 la tak ramai org..

Ok.. di kesempatan ini, sy nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam, maaf zahir dan batin. Kalo sy pernah terkasar, tersilap bahasa, mohon dimaafkan ya! 0-0! Sape2 yg nk balik kampung tu, hati-hati kat jalan raya. Jgn drive mcm ribut! Kesian kt org lain tak berdosa. Ape2 pun, selamat hari raya dan selamat bercuti semua! xoxo:D

Thursday, September 2, 2010

Dup dup

Hari ni 2 Sept sok da 3 Sept.
Ok sy da nervous! D**n!
Nk buat sehabis baik ke sehabis buruk?
Bak kate zeze, buat smpai habis!
Haha~! (Makin nervous!)
Tidakk.. mau pilih yg mane????

p/s: kalo sok abes awal, nk masuk opis ke tak? balik umah tido bleh?

Thursday, August 26, 2010

Sgt tiut!

PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado.

Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur.

Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya.

p/s: kalau kucing aku buat camni da lame aku gigit!

Selamat ya!

Mesej drpd kak nurul s:

Kawan-kawanku semua, saya otw balik Melaka sekarang. Operation esok sebab baby still tak nak pusing and air ketuban da kurang. Doakan saya dan baby selamat ye.. sorry banyak-banyak.

Bak kata kak nurul h, touching betul msg ni.. huwaa.. don't worry kak nurul! kitorg kat sini semua mendoakan.. can't wait for the good news babe! xoxo~

Duit Raya Ke?

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya.

Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

p/s: Nk simpan utk kawen la.. jimat2~!

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya/Article/