rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Yahuuu lusa da raya..!!
Arini mau half day pi last minute shopping :D
Mintak2 la tak ramai org..

Ok.. di kesempatan ini, sy nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam, maaf zahir dan batin. Kalo sy pernah terkasar, tersilap bahasa, mohon dimaafkan ya! 0-0! Sape2 yg nk balik kampung tu, hati-hati kat jalan raya. Jgn drive mcm ribut! Kesian kt org lain tak berdosa. Ape2 pun, selamat hari raya dan selamat bercuti semua! xoxo:D

Thursday, September 2, 2010

Dup dup

Hari ni 2 Sept sok da 3 Sept.
Ok sy da nervous! D**n!
Nk buat sehabis baik ke sehabis buruk?
Bak kate zeze, buat smpai habis!
Haha~! (Makin nervous!)
Tidakk.. mau pilih yg mane????

p/s: kalo sok abes awal, nk masuk opis ke tak? balik umah tido bleh?

Thursday, August 26, 2010

Sgt tiut!

PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado.

Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur.

Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya.

p/s: kalau kucing aku buat camni da lame aku gigit!

Selamat ya!

Mesej drpd kak nurul s:

Kawan-kawanku semua, saya otw balik Melaka sekarang. Operation esok sebab baby still tak nak pusing and air ketuban da kurang. Doakan saya dan baby selamat ye.. sorry banyak-banyak.

Bak kata kak nurul h, touching betul msg ni.. huwaa.. don't worry kak nurul! kitorg kat sini semua mendoakan.. can't wait for the good news babe! xoxo~

Duit Raya Ke?

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya.

Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

p/s: Nk simpan utk kawen la.. jimat2~!

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya/Article/

Wednesday, August 25, 2010

Two Moons on 27th August 2010


27th Aug, the Whole World is waiting for............
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.

p/s: Jom ramai2 tgk.. tp nak tgk ari khamis kul 1230 tgh mlm ke ari jumaat kul 1230? konpius lak~


Statistik

Ingt tak entry pasal interview PTD 3 Sept ni? Ni statistik die:

Bil. Permohonan : 61998
Bil. Panggil Temuduga : 1054
Bil. Kekosongan : 400
Bil. Calon Simpanan : 10

Aisehhh.. 600 org akan direject! Seriau!

Buka Puasa Dengan Geng JKR

Yeay!
Arini nak buka puasa dgn kak nurul h, kak fad & kak nurul s kat satu tmpt rahsia :)
Sementara masih sempat lg ye kak nurul s! haha..
kena mkn byk2 sebelum operate ye.. abeskan sume kek jgn kasi kak fad!
tp kak nurul s kena try lg buat yg mcm kak timah ckp tau!
Insyaallah dpt bersalin normal ye..

Monday, August 23, 2010

Dilema oh dilema!

PAC baru2 ni, alhamdullilah passed utk kali keduanya! Lps tu dtg lak next stage nye; interview (utk kali kedunya jugak!). Sabtu lps dpt surat panggilan interview dah. 3/9 kt Jln Cenderasari, KL. Tp yg menjadi masalah skang ni, aku sdg menunggu interview utk PTD lantikan JPA yg sepatutnya da settle bln 5 dulu tp smp skang belum dipanggil2 lg.. kalo korg ingt, aku penah post pasal bende tu dulu (klik sini). So skang ni, aku sdg berada dlm dilema. Kalo la, katakan la, aku passed interview 3/9 ni, kena ikut normal track woo.. 3 tahun kontrak sblum tetap! Tp kalo ikut track JPA, kalo passed i/view depa, ade possibility kontrak kitorg dipendekkan.. takdela lame sgt mcm PTD2 yg baru dilantik. Aisehh... camne ni wehhh... stressed la! (sbnrnye stress sbb i/view da dekat. Ade je lg yg dpt i/view lps raya. Ade la mase pjg sket nk prepare. ishh2..)

p/s: tolong la JPA cepat2 la pnggil kitorg interview nih.. pls... oh plsss..................

Friday, August 20, 2010

Binatang kejam itu membawa kucingku!

Pg tadi, dlm kul 3, tetibe je dgr bunyi dkt tingkap bilik. Mule2 dgr, malas nk layan, tido lg syok. Da la ujan renyai2. Pastu dgr lg, rupenye bunyi anjing! Ni mesti anjing liar yg dtg dari hutan mane ntah. Alamak kucing tido kt luar la! Pastu dgr suara mak jerit2. Sudahhh.. Cepat2 bangun, nmpk ayah turun dr bilik, pakai topi, bawak lastik terus keluar rumah. Mak ckp ade anjing liar 2 ekor. Mak dgr dari atas bunyi anak kucing menjerit. Pastu bile mak turun bukak pintu, mak nmpk die da gonggong dlm mulut lari ke bawah. Pasu pun pecah. Mesti die nak nyorok kt blakang pasu tu. Sadisnye! Dlm hati aku dah teringat si 3 ekor anak kucing kt umah tu: Pu yo, Belang & Si Ekor Pjg. D**N! Sume anak kucing tu takde! Sebelum gi kejar anjing2 banjingan tu, ayah sempat ckp, ayah nmpk mcm Belang yg anjing2 tu bawak! Alahai, da sedey da aku.. kalo da masuk mulut si anjing banjingan tu, mmg tak idup lg la... Pastu tibe2 Si Belang dtg dr rumah sebelah (a.k.a rumah nenek aku). Fuhh... selamat ko Belang. Tp ade lg 2. Tak lame lps tu, Si Ekor Pjg lak dtg kt kitorg. Ok kamu berdua selamat. Mak ckp, "Ni sah Pu yo yg kena ni. Die tu lembut, lari pun slow je.. Mesti tak smpt lari". Alahai, sedih da aku..

Tibe2 dgr anjing bunyi kuat gile dari bawah (rumah aku atas bukit, btw). Berdebar2 jek. Lame lps tu, ayah naik. Mmg sah Pu yo! Tp da tak dpt diselamatkan ;( .. Ayah da tanam kt bawah tu gak.. Ayah pun cite la camne die 'menewaskan' anjing2 banjingan tu. Don't worry. Hdup lg si banjingan tu. But a bit cacat kot lps ni! Mkn lg kucing aku!

Pastu skang ni, adik aku yg tgh syok tido time kitorg bising2 kt luar ni tak tau langsung pasal Pu yo. Pg td ayah ckp, "Nurul pngil Pu yo... Pu yo.. . Sbb die takde kt luar. " Ayah ckp tak yah bgtau die. Kucing kesayangan die tu. Meraung kang. Da la tgh trial PMR. Same gak ngn adik aku yg tgh exam kt UUM tu. Aishhh... Sedih!!!!!!!!

p/s: kawan2.. jgn mention psl ni di FB ya.. Mampuih adik aku bace.. huhu..