rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Thursday, June 6, 2013

I am an EP mom

* EP mom = Exclusive Pumping Mother

Yerp! I am an EP mom.

Kenapa boleh jadi EP mom? Faheem tak nak direct ke? Inverted nipple ke?

Sob sobb.. Nak cerita la nih..

Lepas je bersalinkan Faheem, kat wad, memang dah try breast feed kan Faheem. Tapi dak Faheem ni tidur je. Sua kat dia, dia tidur jugak. Susu memang belum keluar lagi la, takde ransangan dari baby.

Petang tu dah boleh balik rumah, bagi lagi, dia still belum nak minum. Malam tu, haaa baru dia bising lapar. Try bagi lagi, nangis-nangis dia. Kita pun kekok. First time la kan. Sudah-sudah tengok, takde setitik susu pun keluar. Tapi tak ingat la bengkak ke tak time tu. huhu. Lama gak try, mak dah suggest bagi FM (Formula Milk) dulu. Dah sudahh.. sedih dah ni. Memang hajat nak BF kan Faheem time pregnant lagi. Lepas try banyak kali, still takde susu lagi. At last, pukul 1 pagi lebih camtu, kelam kabut Lan ngn adik pegi 7-E pi carik susu.

Nasib baik, lan kata tinggal satu je susu tu kat rak. Lan beli susu Nestle Lactogen. Kesudahannya, minum la dak Faheem susu formula. Sedih wooo.. Kalau boleh, biar la susu pertama dia susu ibu. Tapi nak buat cam mana kan..

Tukan urut datang hari Isnin, 3 hari selepas bersalin. Lepas urut semua, alhadulillah... susu dah keluar.. Try bagi Faheem. Dia tak nak pulakkk. Dah biasa dengan botol kan. Sejak pada tu, memang duk pump je susu bagi dia minum. Try jugak bagi direct kat dia, mampuih menangis kuat-kuat. Adoiiii... dengan kita tengah tahan sakit jahit bawah tu yang tegang gila.. Memang tak sabar di situ. Sudahnya, lagi banyak pump susu daripada bagi Faheem minum direct.

Lama-lama, dah jadi biasa duk pumping every hour. Mula-mula memang kerap pump. Lepas tu dah boleh manage, pump 2 jam sekali. Hasil  memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit! Faheem lak masa pantang minum sejam sekali, 1 oz sekali. Dah masuk 2 bulan jadi 2 oz sekali, setiap sejam ye..

Sekarang ni, memang hampeh skit. Pam 4 jam sekali. MALAS la tu! Haha. Per session boleh dapat minimum 7-8 oz. Max boleh sampai 12 oz. Faheem sekarang minum 3.5-4 oz setiap 2 jam. Tapi kadang-kadang minum 2 oz je. Main-main lebih. Membazir susu mama sayang. Menangis tau dulu dalam pantang kalo susu tertumpah sikit pun. Adoyaii..

Stok susu? Tak banyak pun. Kadang-kadang memang cukup untuk dia minum. Kalau dapat 12 oz tu yang boleh buat stok. Kalo kata dah keje nanti, memang pump hari ni untuk minum esok la gamaknya.

Alhamdulillah dah nak masuk 6 bulan ni, Faheem still fully bf (except first 3days tu ye). No air masak, no makan-makan, no rasa-rasa. Hehe. Orang dulu-dulu sibuk la kata dah boleh makan tu ni. Nestum bagai. Jawapan standard: Faheem minum susu ibu je sampai 6 bulan, lepas tu baru boleh makan and minum air masak ye.

p/s: Tak sabar nak bagi makan dah ni :p

Tuesday, June 4, 2013

Confinement

Assalamualaikum semua!

Nak cerita pulak confinement saya.
44 hari berpantang, alhamdulillah takde problem pun, just nak tahan sakit jahit je la.
Kadang-kadang ngilu je rasa. Duduk pun senget-senget. Dah baring, lama la nak duduk balik.

Menu pantang? Mak masakkan tenggiri, haruan, lobak putih, pucuk pegaga. Ulang je la makan tu 44 hari ye!

Confinement set? Tak beli pun satu set. Nasib baik pun tak beli. Confirm membazir! Barang-barang yang guna masa pantang:

1) Air mandian - ayah da siap cari daun macam-macam. Pagi-pagi, didihkan je daun tu dalam periuk besar, pastu transfer masuk baldi, dan mandi! Tapi pakai daun apa, tak ingat pulak (tak tau sebenarnya hehe).

2) Krim barut Nona Roguy

3) Minyak Herbanika Nona Roguy

4) Losyen Mustajab Extra Hot

5) Pilis - tukang urut sediakan.

6) Phytonatal Nona Roguy - best pil ni. Kira tak payah makan jamu-jamu bagai, semua dah dimasukkan dalam 1 pil. Recommended! Pil makan sampai sekarang, tapi selalu skip je. Sebab malas huhu.

7) Pil Kacip Fatimah (Orang Kampung) - yang ni tukang urut jual, suruh makan.



Kesannya? Alhamdulillah..
Berat masa mula-mula pregnant: 56.7 kg.
Berat masa hujung pregnancy: 67 kg.
Berat lepas sebulan bersalin: 56 kg.
Berat lepas 6 bulan bersalin: 47 kg :)

Yang boleh sampai 47 kg tu, rasanya breastfeeding banyak membantu. Okeh next entry!

p/s: Happy lepas timbang last weekend :) Berat masa sebelum kahwin tuh.. :p

Pengalaman bersalin

Gedik tak nak cerita experience bersalin? haha. bukan nak takut-takutkan orang yg belum ada experience bersalin dan bukan jugak nak boast yang kita dah penah experienced mcm mana peritnya rasa bersalin tu.

Saja nak biar my boy tau bila besar nanti macam mana mama dia rasa, and jugak sebagai guidance untuk myself, kot la pregnant lagi nanti kan.. insya Allah..

Ok, start now! :p


Wed - 12 Dec 2012

Malam rabu tu, rasa senggugut tiba-tiba. Senggugut yang mild tapi agak kerap. Dah lama tak rasa senggugut, tekejut jap. Terpikir, dah time ke? tapi EDD lagi sebulan. Pastu terus teringat. Braxton hicks kot! sebab semalam (selasa) ada minum nescafe. maybe angin masuk atau pun memang braxton hicks. Tahan je la sakit tu dengan harapan esok akan okey. Malam tu tak boleh tido pun tahan sakit. Duduk pun tak betul. Sekejap mengerang jap diam. Jap baring jap duduk. Lan dah ajak pergi hospital, tapi lagi sebulan kan EDD, ingat takda apa, biarkan je la.

Thu - 13 Dec 2012

Khamis pagi, still rasa senggugut tapi tak sekerap macam malam tadi. Duduk kat rumah sorang, lan kerja. Tahan je lagi. Dalam sejam, rasa senggugut tu datang sekali or 2 kali.

Khamis petang, ada show, lendir pekat macam gam dah keluar. Debar dahh.. Senggugut still rasa.

Khamis malam, dah sakit sangat and sakit pun konsisten 7,8,9 minit. Kaki kiri yang selama ni bengkak tak penah surut, tiba-tiba surut. Time tu dalam kul 11.30pm. Lan dah ajak pergi hospital banyak kali, tapi ai asyik cakap belum kot, ni sakit biasa kottt...takot sebenarnya.. haha.. kul 12 tak tahan gila, pegi jugak la Hospital Ampang. Reason nak pegi Ampang walaupun HUKM tersangatlah dekat dengan rumah: ramai dah kekawan deliver kat Hospital Ampang, semua bagi review yg sangat bagus and dah start terpengaruh. Lagi satu kat HUKM mcm banyak pelatih je. Tak sanggup la asyik kena interview je huhu.

Fri - 14 Dec 2012

Ok da masuk 14.12.12 ye. Hehe.

Time on the way pergi hospital, jangan cakap la. Rasa macam nak suruh husband bawak 10km/h je time datang contraction. 12 am sampai hospital. Kat PAC, ada doc chinese perempuan yang tengah on duty, check perut, pasang CTG, tanya macam-macam, pastu buat VE (vaginal examination). First time kena seluk, ok lagi sebab doc chinese ni kecik molek je.. sakit memang sakit tapi still boleh tahan. Ok kawan-kawan, sila guess dah berapa cm opening? 6 cm ye! Ya Allah! 6 cm ni da boleh terberanak dalam kereta kott.. Adoi. memang bersalin malam ni jugak la! Pastu doc chinese tu nak pecahkan air ketuban. Ya Allah sakit gila dia cucuk. Tapi tak pecah-pecah gak. Datang sorang doc melayu perempuan. Punya la kasar gila cucuk nak pecahkan air ketuban. Rasa nak bagi pelempang je. Dah la tak mesra langsung! *Benci part ni* At last pecah gak la air ketuban. Lepas tu, dah kena tolak masuk Labour Room.

Around 1 am dah masuk kat Labour Room. Doc ngn nurse kat situ pulak baca report dari PAC. Rupanya doc chinese tu tukar bukaan jadi 5 cm. Ada sorang staff nurse datang, bagitau bacaan CTG macam baby stress skit. Kalo baby makin stress and opening belum sampai 10 cm, no other choice, kena ceaser. Ok fine terima jek.

Lepas tu contraction makin la kerap. Sakitnya Allah je yang tau. Doc yang on duty kat Labour Room ni doc laki plak. Ada 2 doc laki. Malay and indian. Ai dapat indian doc. Muda. Lembut jek. Malu siot! Tapi sakit tu lagi dasyat dari malu tu. Haha. Dia buat VE lagi. Still 5 cm. Dia bagi injection untuk cepatkan opening. Around  2 am baru en husband masuk skali dalam Labour Room.

Yang tak best lagi, tekak haus gila!!! tapi dah tak boleh minum. haha tapi Lan curi-curi bagi minum sikit. Bukan minum pun. basahkan bibir je. Tekak kering gila oit. macam mana la nak push nanti. Pastu memang contraction makin kerap. Memang dah tak ingat apa dah. Bila contraction tak rasa dapat tidur kejap, contraction datang, besi katil tu rasa macam nak dicabut-cabut :p

Around 5 am, rasa macam nak buang air besar time contraction datang. Nurse baju biru datang check VE dah 8-9 cm. Dia suruh try teran sebab heartbeat baby ok. Try la teran, tapi baby tak nampak nak keluar lagi. Ok dia bagi masa. After few minutes, nurse lain datang, check bukaan, lepas tu cakap "Kepala baby dah bengkak. Teran awal sangat. Jangan tipu kitorang tau". WHAT? Tadi nurse lain suruh teran, ni tak bagi teran pulak. *Benci lagi di situ* Then indian doc tu masuk, check bukaan, and yes! dah 10 cm. Boleh teran sekarang! Teran punya teran, salah teran pulakk.. Lepas few times tak berjaya teran, nurse ambik tempat letak kaki yang ada tali boleh tarik tu. Tolak kaki, tarik and teran!. Cuba dan cuba, kena marah banyak kali, Alhamdulillah, 5.18 am, keluar la baby boy..

Nurse letak baby atas kita. Lan pun azan kat telinga baby.
Perasaan: Gembira, terharu, sedih, penat, marah, semua ada.
Priceless moment.


Lepas tu, bab jahit-jahit. Teetttt nasib baik bius. Kalau tak, PENGSAN!

Alhamdulillah, baby takde problem, 6.30am masuk wad, 4 pm dah boleh balik :)

p/s: Recommended la Hospital Ampang ni. Wad selesa. Even share 4 orang. Staf nurse pun actually baik-baik belaka. Siapa kata hospital government tak best? :)

Introducing our little bundle of joy :)

Everyone, please meet Muhammad Faheem Bin Mohd Azlan.

14th December 2012
5.18 am
Hospital Ampang, Selangor

Day 1

 Day 7

 1 month

 2 month

 3 month

 4 month

 5 month

Antenatal Class @ HUKM

 * This entry was supposed to be posted on November 2012. So please read it as u are still in the year of 2012 okeyh! #kes lupa nak update sebelum bersalin :p


Assalamualaikum peeps!

Last Saturday, we managed to attend Antenatal Class at HUKM! *excited*

The class was superb, sangat berguna untuk first time parents macam kitorang ni!
Penuh dengan info, tapi agak kelam kabut sket sebab masa yang limited and setiap penceramah ada banyak benda nak share.Rasa macam HUKM kena split 2 hari utk class ni (melampau la eh! haha)

Class start from 8.30 am and supposedly end at 5.30 pm. Tapi class kitorang end at 6.15 pm. Tapi ada bayaran ye! RM 100 per couple. Berbaloi je rasanya, sebab tea break utk pagi, lunch & tea break utk petang disediakan.

For more info, boleh pegi terus klinik O&G HUKM, dekat dgn roundabout hukm tu. tak yah segan-segan, staf-staf nurse kat situ baik-baik belaka. mesra jek. Lagipun kalo nak register class ni kena pegi kat kaunter tu, register tak boleh buat by phone ye. takat nak check ada kosong ke tak boleh la..

Okeyh, sila enjoy gambar ye!







p/s: nota masa class da hilang, tak dapat la nak update panjang lebar. kalo jumpa balik ai update ye!

im back!

6 months after.

Too many things to be said.

Keep waiting! :p

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, November 27, 2012

VCO Tanamera

Assalamualaikum semua!

Last entry ada mention pasal beli VCO, Herbal Massage Oil & Brown Soap from Tanamera kan?
So nak story la kenapa suddenly terbeli 3 things ni.


The main reason: Nak buat perineal massage! 

Apa plak perineal massage tuh? 

Kalau rasa nak bersalin normal, and taknak kena jahit bawah tu, elok la korang amalkan perineal amssage nih. Ada orang sebut perineum massage. Both pun sama je..

Macam mana nak buat perineal massage ni?

Ai copy paste je la the technique okay! Sila baca untuk kebaikan bersama!


****************************************
 Source: http://zuzuindahouse.blogspot.com/2011/04/perineal-massage-amalkan-before.html

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


*****************************************************
Korang boleh google the illustration for better explaination. Nak paste kat sini, malu :p

Sakit? 
Memang sakit! Ngilu! Perit!
Tapi memula je..
Dah buat lama-lama tak sakit dah.. (orang cakap)

Perinial massage ni dah boleh start buat 4-6 weeks before EDD.
Ramai yang recommend VCO Tanamera memang sangat sesuai for this purpose.
And sila minum 1 tbsp of VCO Tanamera every day for this purpose jugak.. 
InsyaAllah berkesan.. (ikut experience orang lain jugak)
For more testimonial, boleh refer website Tanamera.
Oh! VCO ni jugak boleh sapu kat perut untuk hilangkan strech mark ye!

Harap-harap it works for me.. Insya Allah..

Herbal Massage Oil & Brown soap tu saje je beli sebab nak dapatkan free delivery kalau beli more than RM100 kat website Tanamera. Kalau tak kena charge RM12. Better beli something kan! Brown soap tu macam sabun scrub. Best jugak. Lepas mandi macam bau spa jek toilet tu. Ramai yang recommend both items ni! Tak rugi beli :)

Friday, November 23, 2012

Confinement Set

Assalamualikum semua!

Aritu ada post pasal confinement set kan? Plan nak amik set shaklee jek, tapi mak pulak kata kena jamu bagai.. tak cukup dengan supplement jek. Adus.. Money money come to me! Confinement set yang ada kat luar sana tu price boleh tahan gak! Pastu dah pening plak nak pilih confinement set yang mana.

Actually, besides shaklee, ada 3 confinement set yang macam bes!

1. Set Bersalin Nona Roguy




PhytoNatal - 90 biji  - untuk makan
Akar Herbanika - 10 paket -
untuk makan
Minyak Herbanika - 100 ml -
external use
Herbanika barut (krim) - 60gm  -
external use 
Uncang Cuci Herbanika - 10 paket - external use
Herbanika Lulur - 100gm - external use  


Price : RM290-365.00

Even set ni agak pricey, rasanya set ni yang dapat review yang paling bagus among mommies.. Bagus untuk elak sembelit time pantang, and banyakkan susu ibu untuk yang nak breastfeed baby..
Set ni memang takde bengkung, pilis, param bagai. Apa pilis, param? Haha sila google. Ai pon bila nak cari confinement set baru tau menatang ape tuh!


2. Set Bersalin Amway - Tropical Herbs




8 Produk untuk luaran:-

  1. Herbal Douch - yang bertindak membersihkan bahagian peranakkan (20 sachet).
  2. Herbal Bath - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan (20 sachet).
  3. Firming Herbal Blend - mengemaskan bahagian perut (20 peket).
  4. Herbal massage oil - untuk tujuan urutan badan semasa pantang (1 botol).
  5. Warming Herbal Blend - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan (15 peket).
  6. Calming Herbal Blend - melegakan sakit kepala (15 peket).
  7. Baby oil - mengelakkan perut bayi - dari masuk angin(1 botol).
  8. Bengkung untuk ibu.
2 Produk untuk dalaman (makan)
  1. Herbal Tea - 10 Sachet - melancarkan edaran darah - dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.
  2. Kapsul after birth 1 & 2 - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu (60 biji setiap botol). 
Price : RM 280-300   

Set ni macam dah complete dah.. Ramai gak bagi good feedback.



3. Tanamera Postnatal Care Set



  1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml)
  2. Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets)
  3. Herbal Bath (10gm x 14 sachets)
  4. Herbal Massage Oil (100ml)
  5. Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets)
  6. Bengkung / Abdominal Wrap
  7. Herbal Tea (2gm x 14 sachets)
  8. Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets)
  9. Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets)
  10. Brown Formulation Soap (125gm)
  11. Lavender Floral Water (70ml)
Price: RM 360

Set Tanamera ni memang tengah popular skarang. Rasa macam duk dalam spa je orang bagi feedback.

Actually, 3 items from this Tanamera set (VCO, Herbal Massage Oil & Brown Soap) da beli last 2 weeks. Reason beli, kena tunggu entry lain. Hehe.

Dan sekarang.... confuse lagik....!!!